NAMA : Norfarahidayu Binti Hassan

UMUR : 37 TAHUN

AHLI : 2020

Latar belakang

Puan Norfarahidayu merupakan seorang surirumah berumur 37 tahun. Bagi membantu menampung kehidupan keluarganya, beliau telah menjalankan perniagaan makanan & minuman secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum PIK diwujudkan di Kampung Pahlawan, untuk mendapatkan akses internet adalah agak sukar. Tambahan lagi coverage talian telekomunikasi di kampung agak lemah. Menyukarkan Puan Norfarahidayu untuk berhubung, mencari maklumat & mengakses laman sosial facebooknya. Tetapi kini semuanya berubah setelah adanya PIK.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg. Pahlawan beliau kini giat mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mula mendaftarkan perniagaan secara sah dan fokus dalam bidang ini sahaja.

 


NAMA : Nurain Faizatul Atirah Binti Mojalan

UMUR : 18 TAHUN

AHLI : 2017

Latar belakang

Nurain berumur 18 tahun merupakan pelajar lepasan SPM dari SMK AGAMA dan merupakan ahli PIK Kg Pahlawan sejak 2017 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kurang mahir dalam penggunaan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mengikuti kelas Cara Permohonan Kerja Atas Talian anjuran Pusat Internet Komuniti Kg Pahlawan beliau kini telah mahir tentang cara-cara permohonan kerja atas talian. Dan kini beliau telah tengah aktif dalam mencari peluang-peluang pekerjaan dan sering mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kg Pahlawan bagi memohon kekosongan jawatan yang terkini.

 


 

NAMA : DAYANA BATRISYA 

UMUR : 13 TAHUN

AHLI : 2017

 

LATAR BELAKANG

Adik Dayana merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang dan merupakan ahli Pusat Internet Kg Pahlawan sejak 2017 lagi.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Tidak pandai menggunakan komputer sama sekali

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Melalui kelas latihan komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Pahlawan, beliau kini telah pandai menggunakan komputer dan mahir menggunakan komputer untuk melayari internet dan lain-lain.

 

NAMA : AZRIN BIN PERAK

UMUR : 35 TAHUN

AHLI : 2005

 

Latar belakang

En Azrin merupakan seorang kakitangan kerajaan berumur 35 tahun. Untuk menampung kehidupan keluarga, beliau kini mengusahakan sebidang tanah dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum Pi1M diwujudkan di Kampung Pahlawan, untuk mendapatkan akses internet adalah agak sukar. Tambahan lagi coverage talian telekomunikasi di kampung agak lemah. Menyukarkan En.Azrin untuk berhubung, mencari maklumat & mengakses laman sosial facebooknya. Tetapi kini semuanya berubah setelah adanya Pi1M.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pahlawan beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mula mendaftarkan perniagaan secara sah dan fokus dalam bidang ini sahaja.

NAMA : SUSIMARLINA BIN BUNGSU

UMUR : 38TAHUN

AHLI : 2015

 

Latar belakang

Pn. lina telah memulakan perniagaan secara tidak formal dan “partime” sejak tahun 2014 lagi. Hal ini hanya untuk mencari pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah tidak tetap

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pahlawan beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mula mendaftarkan perniagaan secara sah dan fokus dalam bidang ini sahaja. Pelanggan beliau dari seluruh daerah limbang yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM200 – RM400.