Sekolah Kebangsaan Kampung Pahlawan ini terletak di tengah – tengah  Kampung Pahlawan. Sekolah ini adalah satu – satunya sekolah rendah yang terdekat dengan Kampung Pahlawan.

 

Sejarah SK Kg Pahlawan

Hj Sambas B. Murah merupakan pengasas utama SRK Kampung Pahlawan, Limbang. Pada awal tahun 1952, penduduk kampung telahbergotong – royong untuk membangun sebuah sekolah. Oleh kerana kedudukan sekolah ini betul – betul lapan batu dari bandar Limbang, maka sekolah ini diberi nama Sekolah Majlis Daerah Tempatan Batu Lapan, Limbang atau Limbang District Council School. Sekolah ini mula di buka pada 8 Mac 1952. Pada Disember 1963, penentangan ke atas kerajaan British telah berlaku kerana menuntut kebebasan dari belenggu kuku besi British. Setelah keadan kembali aman pada akhir tahun 1964, sekolah baru telah di bina oleh Kerajaan. Sekolah yang baru ini telah di buat di Rancangan Penempatan semula kira – kira satu kilometer jauhnya dari tapak sekolah yang lama.Pada tahun 1973, sekolah yang telah didirikan oleh Majlis Tempatan diambil – alih pula oleh Kerajaan Pusat. Pada tahun 1981, sekolah baru di bina lagi oleh Kerajaan Pusat. Projek ini siap pada Jun 1982. Sekolah ini kini mempunyai kelengkapan yang mencukupi seperti kerusi, meja, almari, bekalan air, bekalan elektrik secara percuma dan kawasan yang luas. Pada Mac 1986, pembukaan rasmi sekolah ini telah dilaksanakan dengan rasminya. Perasmian ini dilakukan oleh Yang Berhormat Hj Bujang Hj Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Pada hari yang bersejarah itu, penukaran nama sekolah pun di umumkan oleh Yang Berhormat iaitu dari nama SRK Batu Lapan kepada Sekolah Rendah Kerajaan Kampung Pahlawan. Pada bulan Oktober dan November 1999, nama SRK KG PAHLAWAN delah ditukarkan sekali lagi kepada SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PAHLAWAN. Nama sekolah kini dikekalkan sehingga sekarang.

 

 

Alamat

Sekolah Kebangsaan Kampung Pahlawan

Jalan Pandaruan

98700 Limbang

Sarawak

E-mail:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Jumlah tenaga Pengajar: 14 orang

Jumlah Kakitangan Sokongan : 3 orang

Jumlah murid tahun 2013: 121 orang