Meskipun terletak di utara Sarawak, namun Limbang tidak pernah dipinggirkan dalam menikmati arus pembangunan seperti bahagian-bahagian lain di negeri ini. Dengan kepadatan seramai 84,500 penduduk terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum seperti Melayu, Bisaya, Iban, Lun Bawang, Kedayan dan Kelabit menjadikan Limbang unik dan berpotensi menjadi bandar pelancongan selain Miri. Malah, pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi di sini selain keunikan budayanya sekali gus menjana industri pelancongan domestik di sini yang berasaskan kebudayaan, kembara dan alam semula jadi (CAN).

 


Antara tempat menarik yang unik boleh dikunjungi adalah Merarap Hot Spring Lawas, Lumpur Bebuak Meritam, Air Terjun Melasak dan TamaPelancongan Negara Gunung Buda. Selain itu, pelancong juga boleh mengunjungi kawasan Batu Lawi di Long Napir Limbang, merentas hutan di Bukit Mas dan laluan alam semula jadi di hutan simpan Pagong dan Bukit Kayu Hitam. Bukit Mas, misalnya, amat berpotensi untuk dimajukan kerana kaya dengan alam semula yang menjadi tarikan pelancongan dalam dan luar negara. Sementara itu, laluan alam semula jadi di kawasan Pagong dan Bukit Kayu Hitam juga berpotensi untuk tujuan itu kerana alam semula jadinya yang kaya dan masih terpelihara dengan tumbuhan herba seperti pokok Tongkat Ali. Di samping itu, Meritam Mud Spring, sebuah tempat rekreasi yang terdapat mud volcano diikuti Gunung Buda iaitu sebuah tempat yang kaya dengan flora dan fauna dan tempat yang sering dikunjungi oleh pengkaji flora dan fauna. Pelancong juga pasti tertawan dengan Gunung Batu Lawi di Long Napir, Limbang, sebuah gunung yang terkenal dengan mempunyai dua puncak dan kaya dengan flora dan fauna serta boleh dilihat daripada Gunung Murud. Pelancong juga pasti tertawan dengan Gunung Batu Lawi di Long Napir, Limbang, sebuah gunung yang mempunyai dua puncak dan tempat yang sering dikunjungi pengkaji flora dan fauna.

 


Disamping itu juga, Limbang turut mempunyai tempat-tempat menarik dan unik seperti perkampungan nelayan di Kampung Limpaku Pinang, lawatan ke kampung-kampung yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri hidup kekampungan seperti Kampung Pabahanan, Kampung Patiambun, Kampung Pahlawan, Kampung Medait, rumah panjang di Ulu Medamit dan kampung-kampung sepanjang sungai Limbang serta Kampung Seberang Kedai.

 


Dari tempat-tempat sebegini boleh diwujudkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti homestay, mengenali kebudayaan tempatan(budaya Limbang berbeza dari bahagian-bahagian Sarawak yang lain kerana kacukan budaya dari Brunei, Sabah dan Sarawak), merentasi sungai Limbang menggunakan bot atau perahu untuk melihat perkampungan di sepanjang sungai Limbang, perkhidmatan perahu untuk memancing,melihat penduduk kampung menjalani kehidupan seharian seperti mengusahakan penangkapan ikan, udang, ketam, membuat produk hiliran dan produk kraftangan seperti tenunan, parang serta kraftangan yang lain.
Malah, Limbang juga mempunyai kalendar pelancongannya sendiri bagi merayakan Pesta Irau Aco iaitu menuai padi bagi kaum Lun Bawang, Pesta Babulang dan Lumba Kerbau (kaum Bisaya), Pesta Epal Ba'Kelalan dan Pesta Limbang.

 


Pelbagai tarikan itu turut menjadi penyebab utama kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Limbang sebagai hab pelancongan utama di utara Sarawak menjelang 2015. Ini kerana, kedudukannya yang bersempadan dengan Brunei, Indonesia, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan bahagian Miri, bahagian Limbang sememangnya lokasi pelancongan yang amat strategik.