Pengenalan:
Hospital Besar Limbang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak kira – kira 12 kilometer daripada Kampung Pahlawan melalui Jalan Pandaruan yang menghala ke sempadan negara jiran iaitu, Daerah Temburong, Brunei Darussalam.
Hospital Besar Limbang yang mula dibangunkan pada 3 September 1979 dan berkeluasan 19.6 hektar ini, merupakan satu – satunya hospital yang di gunakan khidmatnya oleh para penduduk Kampung Pahlawan selain daripada klinik – klinik swasta yang terdapat di sekitar bandar Limbang.
WaktuOperasi
Isnin hingga Khamis : 8 Pagi – 1 Petang, 2 Petang – 5 petang
Jumaat : 8 Pagi – 12.15 Tgh, 2.45 Petang – 5 Petang
Sabtudan Ahad : CutiMinggu
Kemudahan yang disediakan :
- Perkhidmatan Kecemasan dan Kemalangan
- Perkhidmatan Ambulan
- Rawatan Pesakit Dalam
- Billik Pembedahan : Pembedahan Besar/Kecil
- Makmal Perubatan dan Tabung Darah
- Diagnostik dan Pengimejan
- Farmasi
- Rawatan Pesakit Luar
- Klinik Ibu dan Anak
- Klinik Pergigian
- Kantin
- Surau
- Perkhidmatan Sokongan Hospital
- Taman Terapeutik