USAHAWAN

NAMA : Siti Norazlina binti Nasir

UMUR : 38 tahun

AHLI : 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Siti berumur 38 tahun, berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Limbang dan merupakan usahawan produk Tupperware yang mempunyai nilai jualan tertinggi setiap bulan di daerah ini.

 

SEBELUM PENGLIBATAN PI

Puan Siti hanya menjual Tupperware Malaysia dan perniagaan beliau hanya tertumpu pada kawasan-kawasan berhampiran sekitar bahagian Limbang.

 

SELEPAS PENGLIBATAN PI

Petugas banyak memberi tunjuk ajar dari segi cara mempromosi barang jualan secara atas talian seperti melalui laman Facebook dan juga aplikasi whatsapp kepada Puan Siti bagi meningkatkan jualan produk Tupperware. Setelah hampir setahun dalam pemantauan dan bantuan petugas Pusat Internet, kini beliau sudah mampu memberi ceramah mengenai perniagaannya. Puan Siti pernah dijemput dalam program Usahawan Pusat Internet untuk mempromosikan barang jualannya. Kini Puan Siti bukan hanya menjual produk Tupperware Malaysia, bahkan juga produk Tupperware dari Indonesia.