NAMA : AZRIN BIN PERAK

UMUR : 35 TAHUN

AHLI : 2005

 

Latar belakang

En Azrin merupakan seorang kakitangan kerajaan berumur 35 tahun. Untuk menampung kehidupan keluarga, beliau kini mengusahakan sebidang tanah dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum Pi1M diwujudkan di Kampung Pahlawan, untuk mendapatkan akses internet adalah agak sukar. Tambahan lagi coverage talian telekomunikasi di kampung agak lemah. Menyukarkan En.Azrin untuk berhubung, mencari maklumat & mengakses laman sosial facebooknya. Tetapi kini semuanya berubah setelah adanya Pi1M.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pahlawan beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mula mendaftarkan perniagaan secara sah dan fokus dalam bidang ini sahaja.