USAHAWAN ATAS TALIAN

NAMA : Noor Yana Binti Brahim

UMUR : 31 tahun

AHLI : 2019

 

LATAR BELAKANG

Puan Yana adalah petugas pusat internet dan merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata

 

SEBELUM PENGLIBATAN PI

Sebelum bertugas di pusat internet beliau pernah menjalankan bisnes atas talian. Tetapi memandangkan kesibukan sebagai surirumah dan kurangnya ilmu dalam bidang perniagaan beliau telah berhenti menjalankan perniagaan tersebut.

 

SELEPAS PENGLIBATAN PI

Setelah bertugas di pusat internet beliau telah mula berniaga semula. Beliau telah menjalankan perniagaan tudung/hijab atas talian. Beliau menggunakan segala ilmu keusahawanan yang beliau dapat semasa bertugas di pusat internet dalam perniagaan beliau. Dengan keuntungan daripada perniagaan yang beliau jalankan, kini beliau membantu dalam pendapatan keluarga