NAMA : Norfarahidayu Binti Hassan

UMUR : 37 TAHUN

AHLI : 2020

Latar belakang

Puan Norfarahidayu merupakan seorang surirumah berumur 37 tahun. Bagi membantu menampung kehidupan keluarganya, beliau telah menjalankan perniagaan makanan & minuman secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum PIK diwujudkan di Kampung Pahlawan, untuk mendapatkan akses internet adalah agak sukar. Tambahan lagi coverage talian telekomunikasi di kampung agak lemah. Menyukarkan Puan Norfarahidayu untuk berhubung, mencari maklumat & mengakses laman sosial facebooknya. Tetapi kini semuanya berubah setelah adanya PIK.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg. Pahlawan beliau kini giat mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mula mendaftarkan perniagaan secara sah dan fokus dalam bidang ini sahaja.