NAMA : Mohammad Maruzuqi Bin Raup

UMUR : 27 Tahun

AHLI : 2017

 

Latar Belakang

Encik Maruzuqi merupakan seorang anak tunggal. Beliau lah yang satu-satunya harapan orang tuanya. Beliau merupakan seorang RELA yang hanya menerima elaun setiap bulan. 

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Beliau hanya mengharapkan elaun yang diterima setiap bulan untuk membantu keluarganya menampung kos sara hidup yang makin tinggi.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Setelah beliau mengikuti Kelas Asas Shopee di PEDi Kg Pahlawan, beliau telah memulakan perniagaannya di Shopee dengan bantuan petugas dan juga Rakan Digital PEDi Kg Pahlawan untuk menyiapkan kedainya di shopee. Setelah itu beliau sering ke PEDi Kg Pahlawan untuk mencetak consignment note bagi pengeposan barang jualannya kepada pembeli. Dengan memulakan perniagaan beliau mendapat pendapatan tambahan.