NAMA : Sarinah Binti Asa

UMUR : 51 TAHUN

AHLI : 2019

Latar belakang

Puan Sarinah merupakan seorang surirumah berumur 50 tahun. Bagi membantu menampung kehidupan keluarganya, beliau telah menjalankan perniagaan kedai runcit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum PIK diwujudkan di Kampung Pahlawan, untuk mendapatkan akses internet adalah agak sukar. Tambahan lagi coverage talian telekomunikasi di kampung agak lemah. Menyukarkan Puan Sarinah untuk berhubung, mencari maklumat & mengakses laman sosial facebooknya. Tetapi kini semuanya berubah setelah adanya PIK.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg. Pahlawan beliau kini giat mempromosikan perniagaan beliau. Beliau mula mendaftarkan perniagaan secara sah dan fokus dalam bidang ini sahaja.